HOME profile

Yoona

Wo shi cekodok....wo hen hao....ni ne???

20 January 2012

Awan yang Terlebih Gembira

(Amaran:Ini adalah sebuah cerpen seram..ibu mengandung jangan baca)

Musim cuti raya cina...
Lumrah bagi setiap rakyat Malaysia untuk bercuti di saat ini
Cadangnya Izara Asiah maw pergi holiday ke Thailand...
Barang suma dah pack...
Bedak sejuk pun dah letak dalam beg
Muka-muka artis siam macam Dan D2B, Tata Young mula berlegar-legar
Memberi flying kiss kepada bliau dgn muka manes
Asiah turut membayangkan wajah gembira menghirup tomyam sambel melihat muay thai..
Dusyum Dusyum...Dagu bertemu lutut
Ganasnya...Asiah takmo tengok kekejaman..
Dah2 jangan gaduh...salam salam OK..getus Asiah


All of a sudden....
Aral melintang dengan begitu banyak
Sila bayangkan situasi cenggini
Pokok balak menghalang jalan,laluan penuh berduri,tumbuhan liar sekeliling ada gigi tajam dan akan menelan Asiah klu beliau teruskan jugak...
menyebabkan....Holiday Asiah kensel....
KENSEL I TELL YOU...UNFORTUNATELY LAH
Eh..pehal plak gua tetiba yang emo kan?
Issokay Issokay...Kesiannya Izara Asiah
I selaku penulis cerita merasa simpati


Bak kata orang dulu2 Safety First...
Nak ke mana-mana Safety perlu lah First..
Beliau harus mementingkan aspek keselamatan diri...
walopon tak semestinya pakai helmet dan safety boot....
Beliau teruja!!


Namun,
Faktor-faktor loqlaq menyebabkan beliau tidak dapat melancong
Beliau tidak memeriksa passport yang tamat tempoh pada bulan 5 ni..
Untuk pengetahuan am adik-adik,kita tidak boleh melancong ke mana-mana negara selagi baki expired date kita dengan tarikh kita melancong kurang daripada 6 bulan ye ye...
Inilah kesilapan yang dilakukan oleh Asiah...
Tepuk dahi sejuta kali pun tidak dapat mengubah segalanya...


Tinggallah beliau di rumah mencabut rumput2 liar
Di sebalik kesedihan dirundung oleh beliau tersirat satu hikmah
Sewaktu mencabut rumpai di tepi longkang,
Asiah tetiba rasa tidak bermaya,
Cabutan rumput tidak mampu diteruskan


Sepatutnya matahari terasa terang,tetapi mata Asiah rasa gelap seolah-olah blackout
Bliau menggagahkan diri memaut segala tiang yang ada tidak termasuk tiang gol untuk masuk ke dalam
Ya...Asiah wanita yang gagah
Beliau berjaya masuk rumah membancuh glukos
Syak wasangka bliau lebih tertumpu kepada kurangnya tenaga akibat tidak makan pagi
Glukos perisa blekkaren diteguk..Gluk Gluk Gluk.. pergh bunyik macam sedap...
Bliau terus masuk ke dalam gulungan selimut tanpa buang masa
Bagi beliau tidur adalah sebaik-baik ubat
Tidurlah beliau tanpa basuh kaki kerana tak sempat


Selepas beliau bangun tidur...
Beliau masih terasa tidak bermaya
Otot-ototnya macam susah nak berkoordinasi antara satu sama lain
Bliau menggigit beberapa Cream Crackers untuk memberi tenaga
Tapi hampa....Tiada efek langsung
Berteraskan konsep "Prevention is better than cure"
Beliau pun pantas mencapai kunci kereta beliau dan bergegas ke hospital berhampiran
Pergi hospital untuk apa yek??untuk bertanya pendapat pakar ye ye...

Setelah hampir 4 jam menunggu,
Doktor lantas berkata
Maaf Cik Asiah....
Anda kurang darah merah atopon anemia tahap sederhana ye ye
Sebab tu anda rasa cepat letih,nak pengsan la apa la
Bukanlah badan anda itu mengada-ngada
Tapi tapi...hah tu lah die...
Nak banyak info...jangan malas...google lah balik nanti


Dahlah...malas nak karang cerpen...nak tidoq

OK....aku tak layak tulis cerpen..serender...ekekeke



0 Org Berdangdut Sakan:

Post a Comment

Semut Bercakap