HOME profile

Yoona

Wo shi cekodok....wo hen hao....ni ne???

27 May 2011

Kopi Itu Masa Depanku


Pagi cuti umpama hari yang terindah....
Siulan burung tiung jiran yang selama ini dianggap memekak turut dirasakan tenang
Cucur jagung semalam yang liat ku gigit dengan penuh sabar
Setakat ini setelah gigitan yang keempat....kesedapannya masih jelas terasa
Rasa jagungnya masih lagi sama....masih juga jagung



Setelah gigitan kelima....diselang-selikan dengan hirupan kopi cap gantang
hidup terasa bermakna...umpama perkahwinan Kurt Cobain dan Rafeah Buang
disambut meriah di sebelah rumah gua....
bermaknanya hidup....
tak perlulah gua masak hari ini



Setakat ini tiada lagi yang mampu menandingi kehebatanrasa kopi cap gantang...
kapal api, kopi larat kopi janda...semua berada di posisi yang tercorot
harap mereka yakni golongan kopi tidak putus asa dan cuba kuat lagi tahun depan untuk membaiki prestasi


Tangan kiri memegang cawan.....
Tangan kanan pula mencubit cucur sedikit demi sedikit....
Untuk hirupan kopi yang kedua belas....
Terasa nikmat menjalar ke salur pembuluh darah,serebrum dan medula oblongata
Mitos lampau mengatakan minum kopi anak kandungan akan menjadi hitam
gua tepis jauh jauh
Tidak ingin gua mempercayai mitos yang tidak pasti kebenaran
Perlukah gua terus berhenti minum kopi??
Haruslah tak


Kelopak mata ku pejam rapat-rapat sambil membayangkan aku berdiri sebaris dengan
jutawan dan cendekiawan dunia yang mahsyur
Donald Trump,Albert Einstein,Prof.Ideris....namakan sahaja
Pagi-pagi mereka pasti minum kopi
Tangan gua mereka jabat, lalu gua bawak mereka mencuba keenakan roti canai kuah kari ikan
Gua puas.....akhirnya gua berjaya meletakkan diri duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
Dengan meminum kopi akhirnya terdapat persamaan gua dan golongan elit ini
Walaupun jenis kopi kita tak sama....
Kita masih berada di bawah payung yang sama
Apa lagi yang gua nak dalam hidup?

Gua akan terus meminum kopi


Ayuh bangkitlah,buang selimutmu wahai sekalian makhluk
dan teruslah membancuh kopi


0 Org Berdangdut Sakan:

Post a Comment

Semut Bercakap