HOME profile

Yoona

Wo shi cekodok....wo hen hao....ni ne???

08 December 2011

Terima Kasih




Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga


Terima kasih kepada Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T
Kerana memberikan segala yang terbaik untuk hamba-Mu ini


Terima kasih kerana membuka pintu rezeki pekerjaan kepadaku
Maka aku tidak mengenal erti menganggur


Terima kasih kerana membuka pintu ilmu kepadaku
Maka aku boleh menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi


Terima kasih kerana mengurniakan kesihatan
Maka aku boleh terus sujud pada-Mu dengan selesa


Terima kasih kerana melapangkan dadaku
Maka aku tenang menerima segalanya yang mendatang


Terima kasih kerana memberikan hidayah-Mu
Maka aku tidak memuji-Mu hanya di saat hiba


Terima kasih kerana memberikanku rasa bahagia
Maka aku tidak merasa gusar tatkala ujian menimpa


Terima kasih juga kerana meminjamkan aku pancaindera,nyawa,segalanya
Maka aku boleh mengucapkan terima kasih kepada-Mu

Terima kasih....Terima Kasih


Every Night...and every day...Never Forget to Say...
La ila haillallah...

1 Org Berdangdut Sakan:

[PaaN1904] said...

ya. terima kasih Ya ALLAH~~ ^^

Post a Comment

Semut Bercakap