HOME profile

Yoona

Wo shi cekodok....wo hen hao....ni ne???

28 May 2011

Musim Manusia Kahwin Telah Tiba



Kabare ibu ibu ....bapak bapak
Yang mana sedang memandu
Sila berhati-hati
Nampak lampu merah sila berhenti..jangan tekan minyak



Bertemu lagi kita di musim yang bermakna dalam hidup
Musim Manusia Kahwin
Yaaa......Inilah musimnya
Detiknya telah sampai
Musim akan tiba ke kemuncak tatkala hari Sabtu dan Ahad



Si Dara mulai rasa berdebar
Si Teruna mulai rasa tak sabar
Ehem....ini bukan blog lucah...diulang
bukan yek....
Kalian mulai menempuh fasa baru dalam hidup
Sila membuat perancangan hidup
Segala perbelanjaan haruslah direkodkan dalam Maikrosof Excel
Senang nanti nak total


Buat yang sedang mengikuti kursus kahwin
Diharap dapat memberi perhatian teliti
Nota-nota perlu dibuat dalam bentuk peta minda
Yang pengantin lelaki pula jangan lupa untuk hafal di hadapan cermin
ayat ayat wajib bagi meningkatkan keyakinan diri
Agar....Bila Tok Imam cakap...kamu tak tergagap mencari perkataan yang sesuai



Tidak lupa buat makcik makcik yang berada di dapur
Bunga telur buat jugak
Gosip jangan berlebihan
Tambahkan bilangan gula-gula dalam bekas


Sila jangan kedekut letak 2 3 bijik saja
Bahagikan dengan adil
Agar semua orang kembali ke rumah dengan gembira
Tidak ada yang pulang dengan tangan kosong



Juga kepada lembu yang ditambat di pokok kelapa hujung kampung
Harap bersabar
Hari ini hari kamu
Esok hari kawan kawan yang gelakkan kamu pulak jadi lauk kenduri
Sila bayangkan yang indah indah tatkala leher kamu mahu disembelih
Sebagai contoh bayangkan anda melancong ke New Zealand yang mempunyai padang ragut yang luas,rumput rumput yang gemuk dan sihat dan berspek mata hijau
Tentu best


Akhir kata
Biduk Lalu Kiambang Bertaut
Kenyang Perut Suka Hati

gua maw tengok cita Cun ...
tah berapa kali gua ulang tengok ....
ni dah rekod baru...gua tak penah tengok cita Melayu ulang2

Bye

p/s:Musim Aku Kahwin = Taun Depan

2 Org Berdangdut Sakan:

sindiketsulit said...

ko buat entry kawen-kawen ni..
aku dah lapar nasik minyak.
cemana?

Cekodok Pisang said...

huihh...nasik minyak banyak kolestrol wos..
tak elok makan...bagi ak makan sowang2 jek..
aku mukan pe...sayang ke kome lebey...

Post a Comment

Semut Bercakap