
Bagus juga dapat kerja di sini
Waktu rehat saya dapat ziarah kalian
Dekat sikit
Walaupun masa rehat terhad 1 jam
Dapat jenguk kalian
Ucapkan salam
Rasa terubat

Mungkin kita tak dapat makan tengahari bersama
Bertanyakan khabar
Keluar bersama
Seperti orang lain
Tapi saya tak kisah
Asalkan hari-hari dapat jenguk
Saya rasa bahagia
6 bulan yang pertama tanpa kalian memang detik yang sukar
Tuhan saja tahu
Dibiar terkontang-kanting seorang diri
Di saat perlukan kekuatan diri
Tiada siapa yang peduli
Kerana lumrah manusia suka mengeji sebelum memahami

Rumah kalian sudah pun ditumbuhi rumput
Pagar bata keliling rumah kalian sudah sedikit tenggelam
malah ada yang jatuh mungkin kerana tanah mendap
Mungkin hari minggu nanti saya akan betulkan
Apa guna jadi bakal jurutera awam
Kalau pagar bata untuk kalian pun tak mampu nak betulkan
Nanti saya tanamkan sebatang pokok untuk berteduh
Mungkin kemboja atau cempaka
Tunggu saya datang
0 Org Berdangdut Sakan:
Post a Comment
Semut Bercakap